Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Saturday, 18 October 2014

Nak tengok macam mana neraka? Di Turkmenistan ada satu

Sebuah kawah api di tengah padang pasir Karakum ini mampu menjadi kawasan tarikan pelancong, terima kasih pada pelan terbaharu dari pihak kerajaan.

Terletak 270 kilometer utara ibu negeri Ashgabat berdekatan dengan perkampungan Derweze, kawah ini juga dikenali sebagai Pintu ke Neraka hasil kesilapan projek oleh pihak saintis Soviet.

Kawah ini mula terbakar sejak tahun 1971 lagi. Para pelancong yang datang ke sini boleh melihat kawah berapi ini dari jarak dekat tanpa pengawalan.






Friday, 10 October 2014

Tempat penginapan berkhemah ini sangat mewah, siap dengan spa lagi

Pernah merasa kesedapan menginap di kawasan perkhemahan yang mewah siap dengan spa serta restoran menghidang makanan yang eksklusif? Ianya merupakan servis penginapan di panggil Pop-up Hotel oleh Glastonbury di mana harga menginap semalaman adalah Rm48,880 (8,950 Pound Sterling)

Terdapat lebih 150 khemah yang menyediakan penginapan eksklusif yang selesa ini.











Saturday, 4 October 2014

Pantai Whitehaven, pantai tercantik di Australia

Pantai paling terkenal di Australia ialah Pantai Bondi. Tetapi tahukah anda pantai terbaik di Australia sebenarnya terletak di Pulau Whitsunday Queensland?

Pantai Whitehaven ialah pantai sepanjang 7 kilometer dengan pasir yang putih. Ini adalah kerana kandungan silicanya yang tinggi.

Pantai ini ditemui pengembara barat pada tahun 1879 dan sejak dari hari itu ia menjadi tumpuan pelawat. Untuk ke pantai ini anda perlu menaiki bot ataupun kapal terbang. Bagi menjaga kebersihan pantai pengunjung diharamkan menghisap rokok atau membawa anjing.

Pada tahun ini Whitehaven sekali lagi dinobatkan sebagai pantai terbaik Australia dan ke-3 terbaik di dunia.









web stats