Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat. Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana kegiatan itu haram dilakukan di negara sendiri.

Beliau berkata, mereka biasanya datang sebagai pelancong atau menggunakan pas pelajar untuk memasuki negara ini. Katanya, di negara ini, mereka akan mencari sendiri pelanggan di kalangan lelaki sebangsa yang ditemui semasa mengunjungi pusat-pusat hiburan atau pusat beli-belah.
Minggu lalu, kita memberkas 30 lagi pelacur asing di sebuah kelab di Jalan Sultan Ismail. Dalam serbuan ini, selain gadis Uzbekistan, kita menemui pelacur dari Iran dan Maghribi.Pemeriksaan mendapati mereka memiliki pas pelajar tetapi menyalahgunakan untuk melacur
This Is What You Really Want !!
ReplyDeleteSomething That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!