Tuesday 5 August 2014

Video: Salam Kosong Kosong Kiki Kamaruddin


Video: Salam Kosong Kosong Kiki Kamaruddin - Kiki di studio ERA pagi ini bagi membuat permohonan maaf kepada Uncle Sim. Kiki, wanita yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana mengamuk keretanya digesel di Kuantan tempohari, telah tampil ke studio kami bagi membuat permohonan maaf secara terbuka sekaligus menamatkan kemelut yang melanda.

Usaha kami bagi menamatkan sengketa dan menjernihkan keadaan ini turut terkena tempiasnya. Pagi ini, walaupun kami berjaya menarik perhatian ramai secara positif, namun ada juga cemuhan negatif dilemparkan kepada kami dan juga wanita ini. Rata-rata tidak setuju kami menjemput Kiki ke studio tanpa Uncle Sim.

Untuk makluman semua, Uncle Sim tidak dapat hadir ke studio hari ini kerana tinggal jauh di Kuantan dan ada urusan di balai polis. Jadi, untuk menyenangkan semua pihak yang terlibat, kami membuat rakaman melalui panggilan telefon kepada pakcik tersebut bersama Kiki di studio.

Walau bagaimanapun, usaha kami berjaya kerana Uncle Sim dengan baik hati telah sudi memaafkan Kiki dan sempat bergurau, �Jangan lupa pulangkan steering lock saya ya?�

Ikuti temubual dalam video eksklusif di bawah: 

0 comments:

Post a Comment





web stats