Antara yang ditahan kerana mengambil minuman keras. |
=
=
=
=
=
=
=
=
=
==
SUBANG JAYA � �Sumpah saya tak minum, datang sini pun nak dengar lagu saja,� kata seorang gadis selepas dicekup mabuk meneguk minuman keras di pub sebuah hotel terkenal di sini, awal pagi semalam.
Dia yang bermati-matian menafikan meneguk minuman terlarang itu dilihat beristighfar beberapa kali kononnya untuk meyakinkan anggota penguatkuasa, dia tidak menikmati minuman tersebut.
Bagaimanapun, tindakannya tidak berhasil apabila ujian air kencing dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadapnya selepas itu mendapati dia positif alkohol.
Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata, operasi bersepadu dilaksanakan pihaknya bersama Jais selepas mendapat laporan terdapat pengunjung Islam bebas menikmati minuman keras di pusat hiburan tersebut.
Ketika serbuan, sembilan pengunjung cuba melarikan diri menggunakan pintu belakang namun usaha tersebut gagal.
Anggota penguatkuasa terlebih dahulu mengawal dan mengunci kesemua laluan keluar masuk ke pusat hiburan dan pusat karaoke yang terletak bersebelahan.
Hasil pemeriksaan lanjut, empat pengunjung lelaki dan tiga wanita didapati positif ujian alkohol.
Kesemua mereka bakal didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Manakala 19 lagi pengunjung berusia lingkungan 20 hingga 40-an diambil keterangan dan dikenakan notis untuk menghadiri kaunseling kerana melakukan kesalahan menyebabkan agama Islam dipandang hina.
0 comments:
Post a Comment