Saturday 27 September 2014

Wanita Ini Lagi �Pailang� Dari Kiki, Selamba Dia Je..



Jika mahu dicari saingan setaraf dengan wanita mengamuk dengan �steering lock�, penulis berasakan sudah berjumpa calon paling layak.

Semalam, kecoh di laman sosial Facebook dan YouTube tentang aksi wanita yang dikenali sebagai Kiki Kamaruddin yang mengamuk ke atas seorang lelaki berumur warga Cina akibat kemalangan kecil.

Di laman Facebook, tersebar pula video seorang wanita dipercayai kurang siuman yang selamba berjalan kaki di tengah-tengah jalan raya dan dengan selamba menahan kereta yang datang ke arahnya dengan kaki.

Kalau diikutkan dari gaya, memang wanita di dalam video ini lebih �pailang� dari Kiki yang hanya menggunakan pengunci stereng untuk menunjukkan amukannya.

Video wanita itu dikongsikan dan disebarkan serta pengguna media sosial mengaitkan keberaniannya menahan kereta hanya dengan menggunakan kaki dengan kes melibatkan Kiki.

Jadi, sebab itulah penulis rasa, wanita ini setakat ini saingan Kiki paling ganas dan berani.

Yang lain, ada berani tahan kereta guna kaki seperti wanita itu?
sumber:� MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment





web stats